Friday, July 6, 2012

LEMAK CILI API DAGING SALAI BERSAMA BELIMBING BULUH

Bahan-Bahan :-
Setengah kilo daging salai
1/2 kilo santan
Setengah cawan cili api (Kalau tak suka pedas kurangkan)
1" kunyit hidup
1 keping asam keping
garam + sedikit gula.

Cara Buat :-
1. Kisar cili api + kunyit hidup (kisar basah)
2. Masakkan cili api yg sudah dikisar tadi bersama daging, 2 cawan air dan asam keping garam+ gula.
3. Bila air nya agak tinggal separuh baru masukkan santan dan asam belimbing  bila sudah mendidih tutup api.

(* kalau daging masih keras lamakan sedikit masa rebus daging dgn air tadi).


AIR ASAM RONA

Sos Air Asam
(Untuk 1 kilo ikan kembung bakar atau ikan2 lain).
(A)
6~7 biji cili api
1" persegi belacan
secawan air asam jawa
gula, garam.
Semua bahan ini di kisar basah.

Bahan untuk hiasan
(B)
Selabu bawang merah potong dadu (kecil2)
1 biji lemon di potong nipis
Sebiji buah tomato di potong dadu kecil2
3 biji cili masak segar di potong potong nipis
Air limau nipis 5 biji

Capurkan kedua dua bahan dan gaulkan hingga rata, sedia untuk di makan dengan ikan bakar.

Tuesday, July 3, 2012

JOM BUAT ASAM LAKSA


LAKSA BERAS DUA BUNGKUS
(SEBELUM MENYADIAKAN KUAHNYA RENDAM LAKSA DAHULU
BILA SUDAH LEMBUT REBUS SEHINGGA MASAK) DAN TOSKAN.


UNTUK KUAH

SEKILO SETENGAH IKAN KEMBUNG
15 BIJI CILI KERING
SELABU BAWANG BESAR

SEIKAT KECIL DAUN KESUM*
DUA KUNTUM BUNGA KANTAN*
GARAM DAN SEDIKIT GULA (MASIN IKUT SUKA )*
1" PERSEGI  BELACAN*
SEKETUL KIUB BILIS*
5 KEPING ASAM KEPING*

BAHAN2 ULAM

DAUN SALAD - POTONG
TIMUN POTONG MEMANJANG
BAWANG BESAR POTONG MELINTANG
CILI MERAH POTONG TIPIS
CILI API KALAU LEBIH PEDAS
LIMAU NIPIS
KALAU SUKA BOLEH TAMBAH ULAM LAIN SEPERTI DAUN GAJUS
ATAU DAUN SELOM

CARA BUAT KUAH

REBUS IKAN SAMPAI MASAK. SEJUKKAN DAN ASINGKAN ISI IKAN DAN TULANG NYA.
ISI IKAN TUMBUK SAMPAI HALUS
TULANG IKAN TUMBUK AGAK LUMAT MASUKKAN AIR DAN
TAPIS AMBIL AIRNYA.
KISAR CILI + BAWANG BESAR

MASAKKAN CILI YANG SUDAH DI KISAR DAHULU SAMPAI DIDIH
BARU MASUKKAN YANG BERTANDA*
MASUKKAN AIR DAN IKAN YANG TELAH HANCUR TADI
BIARKAN SEHINGGA BETUL2 MENDIDIH DAN BETUL2 MASAK KUAHNYA.

SEMUA SELESAI DAH BOLEH DI HIDANG.

Monday, September 5, 2011

AYAM KAMPUNG MASAK KERUTUK

Sebenarnya ada cerita di sebalik kerutuk bonda ni. Hari raya tahun ini nenek menyuruh bonda memasak ayam kampung. Apa lagi resepi kalau tidak rendang, kari atau masak lemak cili api...dengar juga rungutan anak-anak..dah jemu dengan masakan yang sama.

Mendengar rungutan yang begitu bonda pun bercadang nak masak kerutuk - masing-masing setuju. Bonda minta adik bonda (Mak Anjang) membeli rempah kerutuk seperti biasa yang bonda pernah buat. Malangnya semua kedai yang dia pergi tiada rempah kerutuk di jual di sana buat masa itu.. maklum hari raya banyak kedai masih tutup.

Tapi hasrat mesti di teruskan... cuba lah buat rempah sendiri... jom kita tengok apa yang bonda lakukan...

Bahan-Bahannya:-
Dua ekor ayam kampung yang sedang (Masih muda) potong kecil

Bahan A untuk rempah:-
3 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil jintan halus
2 sudu kecil jintan kasar
satu batang kulit kayu manis (tumbuk2 kecil dulu)
2 kuntum bunga lawang (ceraikan)
3 biji buah pelaga
(Semua bahan A goreng tanpa minyak dan kisar halus)
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk cili/2 sudu besar cili kering kisar
(kalau tak suka pedas kurangkan)
Kerisik dari 1 biji kelapa
Santan dari 2 biji kelapa (agak-agak 4 mangkuk besar)
Garam gula secukupnya.

Bahan B
13 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
lengkuas 1 1/2"
Halia 1"
(Semua bahan B kisar halus)
5 ~ 6 batang serai titik sahaja.

Penumis :
6 biji bawang merah (Mayang)
4 ulas bawang putih (Mayang)
1/2 " Halia (Mayang)
(Minyak secukupnya)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak masukkan penumis kemudian masukkan bahan B bila dah naik minyak masukan bahan A kacau sampai naik bau masukkan ayam dan santan. Jgn lupa garam gula. Bila agak hampir masak masukkan kerisik kacau sampai kuah jadi pekat atau hampir kering macam kita buat rendang.
(Bukan nak puji - siap boleh hidang sangat sedap...)

RENDANG PEDAS BONDA

Bahan :
1 ekor ayam (saiz besar) potong ikut suka besar mana.

Bahan2 yg di kisar halus:-
15 biji cili kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
10 batang serai
1 1/2" lengkuas (muda)
1" halia
(Petua: kisar serai, lengkuas, halia sekali dahulu, sebab ia lebih keras baru yg lain-lain).
1 sudu besar rempah rendang
Kerisik dari sebiji kelapa
Santan pekat dari 2 biji kelapa.
Garam dan gula secukup rasa

Penumis :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
Minyak secukupnya.

Cara memasak :
Panaskan minyak masukkan bahan tumis, cili kering, rempah dan bahan kisar kemudian masukkan ayam, garam gula gaul sehingga sebati beberapa minit kemudian masukkan santan. Bila hampir masak masukkan kerisik, terus masak sampai kuah agak pekat.

Wednesday, August 3, 2011

GARDENIA BERINTI


Cara buat kulit :

10 keping roti gardenia
1 sudu besar tepung ubi + sedikit air untuk di jadikan gam.
Minyak untuk menggoreng.

Inti :

1 tin tuna
5 ~ 8 biji cili api
2 labu bawang besar
sedikit serbuk kunyit/serbuk kari
1 sudu besar air perahan limau.. kalau tak nak masam.. kurangkan.
(semua bahan ini masak dahulu dalam kuali sampai nampak kering sedikit)
Sejukkan.
Cara menyediakan:

Roti di tekan sampai jadi tipis dan potong empat segi
Isi inti dan lipat jadi segi tiga.. letak tepung yg di jadikan gam di tepi sebelah dalam supaya tidak terbuka. Tekan dengan garpu.
Panas kan minyak dan goreng sehingga nampak perang.

* Inti kalau terlebih boleh makan dengan nasi panas...emmm sedap juga..

BERIANI SEMPOI

MIHUN SINGAPORE

SUP MERAH TULANG

HALUA BETIK

 
Blog Design by Template-Mama • Digiscrap by Jenn